Polis siasat motif lelaki terjun dari tingkat tiga

Lelaki terbabit jatuh di atas timbunan tong sampah yang diletakkan orang awam dalam kejadian di Kemayan Square, Seremban pada Sabtu.
Lelaki terbabit jatuh di atas timbunan tong sampah yang diletakkan orang awam dalam kejadian di Kemayan Square, Seremban pada Sabtu.
A
A
A

SEREMBAN - Polis sedang menyiasat motif seorang lelaki yang terjun dari tingkat tiga bangunan komersial di Kemayan Square di sini pada petang Sabtu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohd Said Ibrahim berkata, polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada jam 5.45 petang.

"Seorang lelaki berusia 37 tahun terjun dari tingkat tiga dan mengalami kecederaan pada bahagian kepala. Dia kini sedang menerima rawatan lanjut di Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS).

"Motif kejadian masih dalam siasatan polis," katanya ringkas ketika dihubungi Sinar Harian pada Sabtu.

Pada Sabtu, sebuah video berdurasi 41 saat tular di media sosial memaparkan seorang lelaki terjun dari tingkat tiga bangunan berkenaan.

Lelaki itu bagaimanapun jatuh di atas timbunan tong sampah yang dikumpulkan oleh orang awam dari bawah.

Artikel Berkaitan: