X

Kindly register in order to view this article
!

UUM melonjak naik dalam ranking dunia tahun 2021

Ahmad Bashawir
A
A

ALOR SETAR - Universiti Utara Malaysia (UUM) terus melonjak naik dalam ranking dunia apabila tiga subjek menunjukkan peningkatan menerusi 'QS World University Rankings (QSWUR) by Subject 2021' berbanding tahun lepas.

Antara subjek itu termasuk 'Accounting and Finance' dari tangga 215-300 ke 201-250; 'Business and Management Studies' dari tangga 251-300 ke 201-250; dan 'Economics and Econometrics' dari tangga 351-400 ke 301-350.

Turut meningkat kedudukan ialah subjek utama iaitu 'Social Science and Management' dari tangga 401-450 ke 340 serta satu subjek lagi yang disenaraikan iaitu 'Computer Science and Information System' di tangga 601-650.

Naib Canselor UUM, Profesor Datuk Dr Ahmad Bashawir Abdul Ghani berkata, beliau berasa gembira di atas pencapaian UUM itu yang meningkat saban tahun.

"Lonjakan ini adalah satu pencapaian yang hebat hasil kerja keras semua warga universiti dalam memartabatkan UUM. Ia juga merupakan hasil Pelan Strategik UUM yang telah memasuki fasa tiga (2021-2025).

"Saya berharap momentum ini akan dapat dikekalkan dan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang agar UUM terus gah di persada antarabangsa seiring dengan cogan kata 'We Are Global'," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Pada tahun ini, sebanyak 1,453 institusi seluruh dunia berjaya menduduki ranking secara keseluruhannya dengan sebanyak 81 juta sitasi diterbitkan.

Dalam edisi terbaru ini, sebanyak 51 subjek disenaraikan dan dikelompokkan dalam lima bidang utama iaitu 'Art and Humanities', 'Life Science and Medicine', 'Natural Science', 'Social Science and Management' serta 'Engineering and Technology'.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!