X

Kindly register in order to view this article
!

Rabu | 08 Disember 2021

Kelantan mohon KBS segerakan peruntukan RM5 juta

Wan Roslan Wan Hamat
A
A

KERAJAAN Kelantan memohon agar peruntukan berjumlah RM5 juta yang sudah diluluskan Kerajaan Persekutuan untuk menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV dapat segera disalurkan, supaya kerja-kerja naik taraf stadium berkenaan dapat dijalankan memandangkan Liga Malaysia (Liga-M) telah bermula.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan negeri, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sekiranya peruntukan tersebut diperoleh, kerja-kerja naik taraf stadium itu boleh dilaksanakan mulai pertengahan tahun ini.

"Antara yang akan dinaik taraf ialah penukaran keseluruhan lampu limpah, penambahan astaka dan tempat duduk penonton yang lebih selesa selain stadium akan dicat baharu serta dibaik pulih beberapa prasarana sedia ada,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Program Sumbangan Hasil Kutipan Siaran Langsung Perlawanan Pramusim Kelantan FC di Stadium Sultan Muhammad IV di Kota Bharu pada Sabtu.

Pada Januari lepas, media melaporkan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah meluluskan RM5 juta bagi menaik taraf Stadium Sultan Mohammad sebagai persiapan menghadapi saingan Liga Malaysia dan Sukan Malaysia (Sukma) di negeri ini.

Dalam perkembangan lain, Wan Roslan berkata, kerajaan Kelantan melancarkan Akademi As-Sibahah di bawah kelolaan Urus Setia Belia dan Sukan (U-BeS) sebagai usaha mencungkil bakat baharu dalam sukan renang berlandaskan patuh syariah.

"Para peserta terdiri daripada 20 pelajar sekolah Yayasan Islam Kelantan (YIK) yang dibahagikan kepada kumpulan 10 lelaki dan 10 perempuan.

"Antara sekolah yang terlibat adalah Maahad Muhamadi Lelaki, Maahad Muhamadi Perempuan III, Maahad Muhamadi Pasir Pekan dan Maahad Bunut Payung," katanya.

- Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!