Kelantan FC tumbang aksi pembukaan

Pemain Kelantan FC cuba melepasi kawalan pertahanan Perak II FC pada aksi Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Foto Ihsan BJ
Pemain Kelantan FC cuba melepasi kawalan pertahanan Perak II FC pada aksi Liga Primier di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu. - Foto Ihsan BJ
A
A
A

KELANTAN FC memulakan kempen Liga Premier musim ini dengan langkah kiri apabila tumbang 0-1 di tangan Perak II FC di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini, pada petang Sabtu.

Turun dengan misi memburu tiga mata pada aksi sulung, kedua-dua dilihat lebih gemar mengamalkan corak permainan waspada sehingga tiada sebarang jaringan berjaya dicetak pada babak pertama.

Perak II FC tampil lebih bernafsu pada babak kedua apabila terlebih dahulu melakukan serangan ke kubu tuan rumah.

Hasilnya, Mohd Hakimi Mat Isa membuka tirai jaringan pada minit ke-49 menerusi rembatan kencang yang gagal diselamatkan oleh penjaga gawang The Red Warriors (TRW), Nik Mohd Amin Ahmad.

Kelantan FC memperoleh peluang terbaik untuk mengikat kedudukan pada minit ke-51 apabila diberikan sepakan penalti oleh pengadil.

Bagaimanapun, penyerang import Kelantan FC, Jack Hindle melepaskan peluang itu apabila sepakannya jauh tersasar.

Kelantan FC cuba bangkit selepas itu untuk mendapatkan jaringan penyelamat namun gagal dihampakan oleh ketumpulan penyudah.

Keputusan 0-1 itu kekal hingga tamat perlawanan sekali gus mengecewakan pengendali pasukan Marco Ragini.

Artikel Berkaitan: