Sila log masuk terlebih dahulu.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP: Ismail Sabri

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob
A
A
A

KUALA LUMPUR - Seramai 205 individu ditahan pada Jumaat atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah itu, 193 dikompaun, sembilan direman dan tiga lagi dijamin.

"Tidak memakai pelitup muka merekodkan 70 kes, gagal menyediakan peralatan atau rekod butiran diri (62), tiada penjarakan fizikal (25), aktiviti pusat hiburan (18).

“Rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (16), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (enam), keluar rumah tanpa alasan munasabah (empat) dan lain-lain (empat)," katanya dalam satu kenyataan berhubung PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP) pada Sabtu.

Mengenai Operasi Benteng (Ops Benteng), Ismail Sabri berkata, seramai 22 pendatang tanpa izin diberkas manakala dua bot/kapal dan enam kenderaan darat dirampas.

Dalam pada itu, kerajaan juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di Asrama, Kilang dan Tapak Binaan Central Medicare, Hilir Perak, Perak seperti yang dijadualkan esok. - Bernama

Artikel Berkaitan: