Sembilan kawasan rekod gelombang haba tahap kuning

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Sebanyak sembilan kawasan di Semenanjung Malaysia mencatatkan gelombang haba tahap kuning atau berjaga-jaga setakat jam 5 petang pada Sabtu, menurut data status gelombang haba Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Kawasan berkenaan ialah Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Sepang, Tampin, Alor Gajah, Melaka Tengah, Jasin, Tangkak dan Batu Pahat.

Sementara itu, bagi Sabah dan Sarawak, semua kawasan bagi dua negeri itu berada dalam pemantauan MetMalaysia. - Bernama

Artikel Berkaitan: