Doktor dah pesan jangan pergi: Puteri Sarah

4d
A
A

PELAKON Puteri Sarah Liyana mengakui tidak mudah dan sering berasa penat semasa mengerjakan ibadah umrah ketika hamil dan dalam masa yang sama perlu menjaga anak sulungnya, Syaikhul Islam, 19 bulan.

Menurut Sarah menerusi akaun Instagram miliknya, Syaikhul tidak mahu berpisah dengannya dan mahu didukung biarpun ketika solat.

"Penat memang penat, selepas habis tawaf mesti beritahu suami perut rasa ketat sangat, kaki badan semua sakit.

"Kadangkala Syaikhul tak nak dekat orang lain nak mama dia juga. Adik Syaikhul pun boleh tahan. Asyik menendang. Tapi hati puas , happy ALLAH sahaja yang tau.

"Alhamdulillah suami banyak dukung terutamanya ketika tawaf, ahli keluarga yang lain pun tolong jaga Syaikhul.

"ALLAH permudahkan semua kerana niat nak beribadah," tulisnya.

01e
01e

Akui isteri kepada Syamsul Yusof ini, doktor juga sebenarnya sudah berpesan banyak kali supaya jangan turut serta, namun kerana tidak mahu ketinggalan beridabat bersama keluarga, dia terpaksa melanggarnya.

"Doktor banyak kali pesan tapi nak jugak sebab tak nak ketinggalan nak ikut family beribadat sama-sama.

"Saya ambil segala vaksin kerana ketika inilah kita paling fragile.

"Please take note preggy mums. Persiapkan diri anda tanya doktor anda vaksin apa yang boleh dan kena ambil. You don’t wanna take the risk pergi empty handed je," katanya yang sempat meninggalkan pesan.

Sarah yang kini hamil anak kedua dengan usia kandungan 23 minggu (hampir enam bulan) bersama ahli keluarganya menunaikan umrah sejak 19 November lalu.