SPRM minta ahli Parlimen Sekijang tampil buat aduan

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta ahli Parlimen Sekijang, Natrah Ismail atau mana-mana pihak yang mempunyai maklumat berhubung dakwaan terdapat individu menyogok ahli Parlimen seperti yang tular di media sosial tampil membuat aduan segera.

SPRM menerusi kenyataan pada Sabtu berkata, aduan perlu dilakukan segera sekiranya perkara berkenaan benar-benar dianggap sebagai perlakuan rasuah.

“Aduan tersebut adalah selaras dengan Seksyen 25, Akta SPRM 2009 mengenai kewajipan melapor transaksi penyogokan,” katanya.

Pada Khamis, Natrah dilaporkan mendakwa cuba dipujuk dua individu termasuk seorang bergelar ‘Datuk Seri’ supaya memberi sokongan kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau dijanjikan manfaat jika bersetuju untuk berpaling tadah daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

SPRM menambah, pihak mereka bersedia untuk menjalankan siasatan terhadap aduan tersebut.

Artikel Berkaitan: