KKMM syor internet percuma di kem tentera, balai polis

Zahidi Zainul Abidin
Zahidi Zainul Abidin
A
A
A

PADANG BESAR - Kementerian Komunikasi Dan Multimedia Malaysia mencadangkan agar kemudahan internet secara percuma disediakan di kem tentera dan balai polis.

Timbalan Menterinya, Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata, pihaknya akan memanjangkan cadangan itu kepada kerajaan dalam masa terdekat.

"Daripada maklumat yang diterima, ahli keluarga pasukan keselamatan (tentera dan polis) memerlukan data dan internet untuk membantu anak-anak mereka belajar. Kebanyakan talian internet lemah, jadi kita perlu melihat perkara ini kerana (mengambil kira) jasa tentera dan polis terhadap negara," katanya kepada pemberita di sini pada Sabtu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan pakaian sekolah kepada anak-anak anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Pusat Koreksional di Markas 30 Briged, Kem Bukit Cowder, Padang Besar pada Sabtu.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, pihak kementerian telah berbincang dengan beberapa syarikat telekomunikasi berhubung perkara itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: