X

Kindly register in order to view this article
!

Sabtu | 29 Januari 2022

'Bukan untuk beri keutamaan kepada VIP'

Gambar hiasan
A
A

GEORGE TOWN - Cadangan Kerajaan Negeri Pulau Pinang supaya hospital swasta di negeri itu dibenarkan membeli dan menawarkan vaksin Covid-19 berbayar kepada mereka yang mampu adalah bagi membolehkan vaksin percuma diberikan kepada lebih ramai petugas barisan hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pertanian dan Industri Asas Tani dan Pembangunan Luar Bandar negeri, Dr Norlela Ariffin berkata, jika cadangan itu diterima pakai, mereka yang mendapatkan vaksin berbayar tidak lagi perlu diletak sebagai penerima vaksin percuma di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).

"Ia bukan untuk memberikan keutamaan suntikan vaksin Covid-19 kepada VVIP atau VIP. Sebaliknya rakyat yang mampu boleh mendapatkan vaksin berbayar manakala vaksin percuma boleh diberikan kepada lebih ramai barisan hadapan termasuk mereka yang bukan dalam fasa satu seperti pekerja pembersihan pihak berkuasa tempatan, pejabat daerah dan pegawai pertanian," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, cadangan itu akan turut membuka ruang kepada badan bukan kerajaan untuk membeli vaksin dan menyumbang kepada golongan memerlukan terutama warga emas serta golongan berisiko tinggi yang tidak termasuk dalam kumpulan penerima fasa satu.

Norlela berkata, beliau turut mengusulkan kepada Menteri Penyelaras PICK, Khairy Jamaluddin untuk menggabungkan data I-Sejahtera ke dalam MySejahtera bagi suntikan vaksin fasa dua yang bermula 1 April ini bagi memudahkan proses pendaftaran ahli I- Sejahtera sedia ada.

Pada masa sama, beliau menggalakkan semua penduduk Pulau Pinang mendaftar di aplikasi MySejahtera untuk menerima suntikan vaksin Covid-19. - Bernama


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!