KPDNHEP seragamkan harga di kawasan pedalaman

Nanta Linggi (tiga,kanan) semasa meninjau perlaksanaan peti dan buku log lawatan di Stesen Minyak Pasir Pekan, Tumpat.
Nanta Linggi (tiga,kanan) semasa meninjau perlaksanaan peti dan buku log lawatan di Stesen Minyak Pasir Pekan, Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan menanggung kos penghantaran ke kawasan pedalaman bagi memastikan rakyat dapat membeli barangan kawalan pada harga berpatutan seperti mana di bandar.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, tindakan itu selari dengan pendekatan yang diperkenalkan kerajaan menerusi Program Penyeragaman Harga.

"Langkah ini diperkenalkan sejak tahun 2009 lagi dan kita mula laksanakan projek ini di kawasan Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak," katanya kepada pemberita selepas meninjau perlaksanaan peti dan buku log lawatan di Stesen Minyak Pasir Pekan di sini pada Sabtu.

Menurutnya, usaha itu telah memberikan impak positif apabila penduduk di kawasan pedalaman mendapatkan barangan keperluan harian terutama kawalan pada harga murah.

Beliau berkata, ia merupakan salah satu usaha kerajaan meredakan peningkatan kos sara hidup dalam kalangan masyarakat di pedalaman.

Nanta Linggi berkata, beliau difahamkan kos pengangkutan menjadi faktor penyumbang kepada pertambahan harga barangan dan KPDNHEP juga bersedia memperluaskan lagi program itu di Semenanjung Malaysia.

Katanya, antara lokasi yang sudah menerima manfaat itu ialah Pulau Redang dan Pulau Perhentian di Terengganu.

"Terbaharu, Dabong di Kuala Krai menjadi lokasi pertama perlaksanaan program ini di negeri Kelantan," katanya.

Artikel Berkaitan: