Ahli Parlimen UMNO, BN diminta sokong PN sehingga Parlimen bubar

Ahmad Maslan
Ahmad Maslan
A
A
A

PONTIAN - Ahli Parlimen UMNO dan Barisan Nasional (BN) telah diminta untuk terus menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) sehingga Parlimen dibubarkan, kata Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau berkata sokongan itu penting untuk memastikan kerajaan sedia ada dapat melakukan yang terbaik dalam usaha untuk mengekang pandemik Covid-19.

“Kerajaan sekarang adalah kerajaan campuran, ia bukan hanya kerajaan PN tetapi juga kerajaan Barisan Nasional dan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS).... sehingga pembubaran (Parlimen), kami masih bersama dalam kerajaan campuran ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas menerima suntikan vaksinasi Covid-19 di Klinik Kesihatan Pontian, di sini pada Jumaat.

Turut menerima suntikan vaksin itu adalah Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi merangkap Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulai Sebatang, Muhammad Taqiuddin Che Man. - Bernama

Artikel Berkaitan: