Dua lelaki ditahan bergaduh di lampu isyarat

Dua lelaki ditahan untuk siasatan kes gaduh di lampu isyarat di Lebuhraya Sprint Damansara, Petaling Jaya, pada Jumaat.
Dua lelaki ditahan untuk siasatan kes gaduh di lampu isyarat di Lebuhraya Sprint Damansara, Petaling Jaya, pada Jumaat.
A
A
A

PETALING JAYA - Dua lelaki termasuk seorang warga emas ditahan polis untuk siasatan kes gaduh di lampu isyarat berhampiran Lebuhraya Sprint Damansara, di sini pada Jumaat.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian kira-kira jam 6.20 petang itu dipercayai berlaku apabila penunggang motosikal jenis Demak berusia 46 tahun telah membunyikan hon ke atas pemandu teksi berusia 71 tahun.

Menurutnya, ia kerana pemandu teksi tersebut dikatakan memotong laluan secara melulu tanpa memberikan isyarat.

"Setibanya di lampu isyarat, penunggang motosikal itu telah menegur pemandu terbabit sebelum berlaku pertengkaran mulut hingga dia mengetuk cermin kereta tersebut untuk menyelesaikan perkara itu.

"Pemandu teksi itu kemudian telah mengeluarkan besi pengunci stereng dan memukul penunggang motosikal terbabit hingga mengalami kecederaan di tangan kanannya," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, pemandu teksi itu juga mendakwa penunggang motosikal terbabit telah mengancam dirinya dengan topi keledar serta memukul menggunakan besi pengunci stereng yang dirampas daripadanya.

Tambah Nik Ezanee, susulan itu, kira-kira jam 4.25 pagi pada Sabtu, sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya telah menahan kedua-dua lelaki terbabit di Damansara, Petaling Jaya.

"Semakan mendapati kedua-dua mereka tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

Artikel Berkaitan:

"Dua lelaki itu telah diberi jamin polis dan kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan Seksyen 160 Kanun Keseksaan," katanya.

Tegasnya, pihaknya mengingatkan semua pengguna jalan raya agar sentiasa berhemah dan mengawal emosi ketika di jalan raya.