X

Kindly register in order to view this article
!

Terperangkap ketika pasang lampu jalan

Kedua-dua pekerja yang terperangkap berjaya diselamatkan pada jam 3 pagi, Sabtu.
A
A

GEORGETOWN - Dua pekerja berdepan detik cemas apabila terperangkap di atas sebuah skylif ketika sedang memasang lampu jalan di Jalan Batu Lanchang, Jelutong di sini.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, Israhanafi Ismail berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 2.19 pagi Sabtu berhubung kejadian tersebut.

Menurutnya, ketika tiba di lokasi kejadian, dua pekerja lelaki berusia 26 dan 18 tahun sedang berada dalam skylif tersebut.

"Ketika kejadian, kedua-dua mangsa sedang melakukan kerja-kerja pemasangan lampu jalan. Bagaimanapun, skylif yang digunakan mengalami kerosakan pada sistem hidraulik menyebabkan mereka terperangkap kira-kira 35 meter.

"Bomba menjalankan kerja menyelamat dengan menggunakan jentera Aerial Ladder Platform (ALP) untuk membawa turun kedua-dua lelaki tersebut," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Tambahnya, kedua-dua lelaki tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Mangsa berjaya dibawa turun pada jam 3 pagi dan operasi tamat 10 minit kemudiannya," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!