Pejabat kilang kayu hangus 100 peratus

Sebuah pejabat kilang kayu di Jalan Gambang, di sini terbakar 100 peratus dalam kejadian awal pagi Sabtu.
Sebuah pejabat kilang kayu di Jalan Gambang, di sini terbakar 100 peratus dalam kejadian awal pagi Sabtu.
A
A
A

KUANTAN - Sebuah pejabat kilang kayu di Jalan Gambang, di sini terbakar 100 peratus dalam kejadian awal pagi Sabtu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas, Penolong Penguasa Bomba, Mohd Hilmi Kashfi Mat Zali berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran itu pada jam 1.21 pagi.

Menurutnya,sepasukan enam pegawai dan 11 anggotanya telah diarahkan ke lokasi kejadian beberapa minit selepas menerima panggilan telefon.

"Anggaran kemusnahan kebakaran pejabat di kilang kayu tersebut adalah 100 peratus yang dianggarkan berkeluasan 40 x 80 kaki persegi.

"Kebakaran dapat dipadamkan sepenuhnya, tiada mangsa dan kecederaan dilaporkan," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, punca kebakaran serta jumlah kerugian masih dalam siasatan.

Artikel Berkaitan: