Cari Sinar Harian sampai malam

Nur Amanina terpilih pemenang utama peraduan.
Nur Amanina terpilih pemenang utama peraduan.
A
A
A

SHAH ALAM - “Bayangkan, adakalanya lagi beberapa minit kedai nak tutup (10 malam), baru saya dapat jumpa kedai yang masih ada jual akhbar Sinar Harian,” kata Nur Amanina Azman, 29, mengenai cabaran yang dihadapinya untuk menyertai peraduan cabutan bertuah PKPNimsXSinar.

Beliau yang merupakan pemenang tempat pertama peraduan PKPNimsXSinar bagi kategori Hadiah Siri Warna Merah (akhbar) berkata, situasi itu berlaku kerana lazimnya akhbar Sinar Harian yang dijual di sekitar kawasan kediamannya di Sungai Mati, Tangkak sering kehabisan.

“Di sini (Sungai Mati) Sinar Harian cepat habis. Jadi, saya akan minta tolong suami beli akhbar ini di Tangkak sebab dia bekerja di sana.

“Kadang-kadang saya juga terlupa untuk beli Sinar Harian sebab perlu mengejar masa untuk mengajar kelas dalam talian pada waktu pagi. Jadi, saya terpaksa mencarinya waktu malam di semua kedai sampai jumpa,” katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.

Dua lagi pemenang cabutan bertuah bagi kategori sama ialah Mohd Zaim Ghani, 27, dan Mohd Faez Ab Aziz, 37.

Bagi Kategori Rakam & Kongsi Video Siri Warna Merah, Mohammad Samer Saifullah Mohd Rashid, 19, terpilih sebagai pemenang tempat pertama.

Mohammad Samer berkata, antara cabaran utamanya adalah kekangan mencari tempat menarik bagi merakamkan video penyertaan disebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Dari segi kreativiti, saya gunakan pengalaman ketika menyertai pertandingan sebelum ini, selain inspirasi diperoleh hasil daripada perbincangan bersama,” katanya yang berasal dari Temoh, Perak.

Artikel Berkaitan:

Dua lagi pemenang bagi kategori Rakam & Kongsi Video Siri Warna Merah ialah Muhammad Muizzuddin Muhammad Razani dan Muhammad Faris Md Rashid @ Yusoff.