Everton sertai top four EPL

Carlo Ancelotti
Carlo Ancelotti
A
A
A

KEMENANGAN 1-0 Everton ke atas West Brom awal pagi Jumaat menyaksikan skuad kendalian Carlo Ancelotti itu kini di landasan tepat untuk berada dalam kelompok empat pasukan teratas (top four), Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengendali Everton, Carlo Ancelotti menyifatkan kemenangan berkenaan sebagai cukup bermakna dan menyifatkannya sebagai melengkapkan musim cemerlang The Toffees.

"Musim ini telah menjadi musim yang hebat buat kami terutamanya menjelang ke penghujung musim.

"Kami telah beraksi dengan baik setakat ini dalam usaha kami untuk mencabar kedudukan terbaik dalam EPL.

"Walaupun musim ini masih panjang, namun ketika ini kami telah berjaya hingga ke tahap ini dan ia satu pencapaian yang hebat," katanya.

Pada aksi di The Hawthorns, bintang Brazil Richarlisson muncul wira Everton apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-65.

Everton kini berada pada kedudukan kelima EPL dengan 46 mata hasil 14 kemenangan, empat seri dan tewas lapan kali daripada 26 perlawanan.

Sementara itu, Ancelotti optimis skuad kendaliannya bakal beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara musim depan.

Artikel Berkaitan:

Justeru, Ancelotti mengingatkan kesebelasan pemainnya untuk bersedia mulai sekarang bagi mengharungi saingan sengit dalam Liga Juara-Juara kelak.

"Kami agak bagus di posisi pertahanan selain dari segi serangan balas dan juga melakukan set-piece.

"Apa pun, kami tetap perlu bersedia dan setakat kami sememangnya telah bersedia," katanya.