X

Kindly register in order to view this article
!

MARDI perkenal tiga produk inovasi makanan

Ahmad (tengah) pada majlis pelancaran tiga produk inovasi makanan dan buku Warisan Makanan Malaysia di MARDI Kuala Terengganu pada Jumaat.
A
A

KUALA TERENGGANU - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) memperkenalkan tiga produk inovasi makanan dan buku Warisan Makanan Malaysia.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, Datuk Seri Ahmad Hamzah berkata, antara produk makanan itu ialah Glow-D Nektar Buah, FruitiGold Nektar Buah Campuran dan Tauhu Ikan Patin.

Menurutnya, kesemua produk tersebut telah melalui proses Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) selama kira-kira tiga tahun.

“Kesemua produk yang dihasilkan mempunyai fungsi tambahan dan kelebihan tersendiri, antaranya mempunyai nilai antioksidan serta flavonoid tinggi, kandungan fenolik stabil, tinggi serat diet, rendah kandungan lemak dan tinggi protein berbanding produk komersial tempatan yang lain.

“Produk yang dihasilkan telah melalui beberapa ujian dan pemprosesan sebelum ia dapat dikomersialkan,” katanya pada pelancaran produk berkenaan di sini pada Jumaat.

Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Nik Hafizah Nik Ubaidillah menunjukkan Tauhu Ikan Patin yang merupakan antara produk inovasi hasil R&D MARDI.
Pegawai Penyelidik Kanan MARDI, Nik Hafizah Nik Ubaidillah menunjukkan Tauhu Ikan Patin yang merupakan antara produk inovasi hasil R&D MARDI.

Hadir sama, Ketua Pengarah MARDI, Datuk Dr Mohamad Roff Mohd Noor; Timbalan Ketua Pengarah Penyelidikan MARDI, Hashimah Hafiz Ahmad dan Pengarah MARDI Terengganu, Amiran Ngah.

Ahmad berkata, MARDI turut menerbitkan buku mengandungi aneka makanan kudapan ringan, laksa, mi dan nasi serta lauk pauk.

“MARDI optimis produk inovasi makanan dan buku yang diterbitkan ini dapat membantu meningkatkan perusahaan industri tempatan, selain menjadi rujukan utama berkenaan makanan warisan Malaysia terutama kepada generasi muda.

“Saya juga berharap usahawan dapat memanfaatkan teknologi MARDI yang diperkenalkan kerana ia dapat meningkatkan pendapatan pengusaha secara tidak langsung dan ekonomi negeri dapat dijana dengan baik,” kata beliau.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!