X

Kindly register in order to view this article
!

KPM fokus jayakan gelombang akhir PPPM

Radzi ketika ditemu bual hos Shuhaimi Mohamed pada program Ruang Bicara bertajuk 'Malaysia Prihatin' terbitan Bernama TV di Wisma Bernama hari ini. - Foto Bernama
A
A

KUALA LUMPUR - Usaha merealisasikan gelombang terakhir Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) (2013-2025) menjadi antara fokus utama Kementerian Pendidikan (KPM) dalam usaha menambah baik sistem pendidikan negara.

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin berkata, hal ini selaras dengan keprihatinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin terhadap sistem pendidikan negara.

"Apa yang ditekankan Perdana Menteri kepada saya supaya kita dapat tambah baik sistem pendidikan untuk pastikan kualitinya terus dipertingkatkan dan beliau pun ada bertanya kepada saya bagaimana status PPPM ini," katanya ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama Tv malam ini.

Muhyiddin melancarkan PPPM ketika beliau menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pendidikan pada 2013.

PPPM merupakan asas atau panduan kepada sistem pendidikan di Malaysia yang bersifat holistik yang mengandungi rancangan untuk meningkatkan mutu dan kualiti sistem pendidikan di Malaysia.

Gelombang terakhir PPPM memberi fokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan (fleksibel) operasi.

Radzi berkata, beliau sendiri telah meminta warga kerja KPM untuk melihat satu persatu ruang yang boleh diambil dalam memastikan hasrat dalam PPPM dapat menjadi kenyataan.

"Sebab kadang-kadang kita ada perancangan baik tapi kalau tidak dilaksanakan dengan baik maka hasil tak jelas, sebab itu orang kadang-kadang tanya, apa perancangan menteri ini, secara umumnya perancangan sudah ada," katanya. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!