Eyra Hazali rasa tenang pakai tudung

Eyra Hazali
Eyra Hazali
A
A
A

MENURUT pelakon terkenal drama bersiri Mr Grey itu, keputusan berkenaan dibuat selepas dia solat subuh pada hari Selasa.

"Saya dah lama berniat sejak tahun lalu cuma belum ada keyakinan untuk berubah sebab masih ada ketakutan dalam diri untuk berdepan dengan kata-kata masyarakat.

"Namun, saya perlahan-lahan belajar dengan memakai selendang bila pergi ke lokasi penggambaran.

"Alhamdulillah akhirnya keyakinan itu datang dan sekarang ini saya rasa tenang dan happy bila bertudung," jelasnya.

Eyra ditemui ketika sesi sidang media pengumuman khas senarai pencalonan Top 20 Anugerah MeleTop Era 2019, semalam.

Dalam pada itu, Eyra berkata, semoga orang ramai dapat memberikannya ruang untuk belajar menutup aurat dengan sempurna dek kerana perubahan mengejut ini.

"Bertudung dan berubah ke arah kebaikan itu memang wajib, tetapi perubahan saya ini bukanlah 360 darjah," jelasnya lagi.

No Image Caption

Artikel Berkaitan:

Eyra yang tercalon dalam tiga pencalonan bagi kategori Hos MeleTop, Pelakon MeleTop, dan Artis Baharu MeleTop, turut berkata, tiada faktor lain yang mempengaruhi keputusannya untuk bertudung.

"Bukan sebab nak kahwin, baik pakai sehari sebelum kan? Memang tiada paksaan daripada sesiapapun. Cuma abang sahaja yang berikan nasihat mulakan belajar bertudung setiap hari Jumaat," ujarnya.

Mengenai kerjaya lakonan, Eyra kini sedang menjalani penggambaran drama bersiri Nur 2.