Covid-19: Singapura lepasi 60,000 kes

No Image Caption
A
A
A

SINGAPURA - Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Singapura melepasi 60,000 pada Jumaat dengan sembilan lagi kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam lalu.

Dalam data awal yang dikeluarkan di sini, Kementerian Kesihatan republik itu berkata kes baharu tersebut yang semuanya import, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 60,007.

Ia berkata, sembilan orang menerima Notis Duduk di Rumah sebaik tiba di Singapura.

Kementerian itu masih meneliti butiran kes terbabit dan kemas kini lanjut akan dikongsi kemudian pada Jumaat.

Sehingga 4 Mac, seramai 59,857 telah pulih sepenuhnya daripada jangkitan dan telah discaj dari hospital atau kemudahan penjagaan komuniti di sini.

Pada masa ini terdapat 24 kes yang disahkan, masih berada di hospital dengan seorang dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi.

Sebanyak 88 orang yang mempunyai gejala ringan atau yang disahkan sihat secara klinikal tetapi masih diuji positif untuk Covid-19, diasingkan dan dijaga di kemudahan penjagaan komuniti.

Sehingga kini, 29 orang telah meninggal dunia akibat komplikasi jangkitan Covid-19 di Singapura. - Bernama

Artikel Berkaitan: