Menteri, agensi agama bincang isu Sajat, Ibu Yati

Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri
A
A
A

BESUT- Satu pertemuan akan diadakan antara Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dan beberapa agensi berkaitan pada Isnin ini bagi membincangkan isu semasa dan agama.

Perbincangan dijangka turut melibatkan beberapa isu yang sedang tular membabitkan usahawan kosmetik, Nur Sajat dan bekas wartawan, Ibu Yati.

Zulkifli berkata, pertemuan itu membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Dalam pertemuan itu nanti, bukan sahaja isu Sajat, semua isu yang membabitkan agama Islam, kita akan tengok bagaimana kaedah terbaik, penyelesaian atau mencari solusi.

"Kita pandang serius dalam hal berkaitan isu agama Islam dan langkah proaktif perlu diambil supaya semua isu berbangkit dapat diselesaikan dengan telus.

"Insya-ALLAH, saya akan duduk semeja dengan Jakim, JAIS dan Jawi untuk bincang dan akan ada penyelesaian untuk isu-isu ini," katanya ketika ditemui pada program penyerahan MyHAUS di Kampung Lay Out Tok Saboh di sini, pada Jumaat.

Sebelum ini, Nur Sajat mencetuskan kontroversi apabila memuat naik kenyataan melalui video mahu keluar daripada Islam manakala satu video tular memaparkan ritual pelik agama Melayu yang didakwa disebarkan oleh Ibu Yati.

Artikel Berkaitan: