Kilang kitar semula plastik terpakai didenda RM75,000

Keadaan kilang kitar semula plastik terpakai yang sebelum ini dikenakan tindakan oleh JAS. - Foto Ihsan JAS Selangor
Keadaan kilang kitar semula plastik terpakai yang sebelum ini dikenakan tindakan oleh JAS. - Foto Ihsan JAS Selangor
A
A
A

SHAH ALAM - Mahkamah Sesyen Shah Alam menjatuhkan hukuman denda RM75,000 ke atas sebuah kilang kitar semula plastik terpakai yang menjalankan aktiviti tanpa kelulusan pada Jumaat.

Seorang pengarah syarikat berusia 47 tahun turut mengaku bersalah di hadapan Hakim Rofiah Mohamad terhadap dua pertuduhan yang dibacakan terhadapnya.

Berdasarkan pertuduhan pertama pada 16 Ogos 2019, syarikat terbabit didapati menjalankan aktiviti kitar semula plastik terpakai tanpa kelulusan Laporan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA).

Bagi pertuduhan kedua pula, syarikat terbabit didapati gagal mengemukakan pemberitahuan bertulis kepada ketua pengarah mengenai usaha pencemaran udara di bawah Peraturan 5 (1) (b), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Udara Bersih) 2014.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar berkata, pihaknya sentiasa mengambil tindakan tegas dan tidak akan berkompromi dengan penjenayah alam sekitar.

"Saya juga berterima kasih kepada orang awam yang membantu menyalurkan maklumat mengenai aktiviti pencemaran alam sekitar," katanya.

Artikel Berkaitan: