KPDNHEP pantau jualan vaksin Covid-19 dalam talian

Alexander Nanta Linggi
Alexander Nanta Linggi
A
A
A

KUALA TERENGGANU - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) mengingatkan orang ramai supaya tidak terpedaya dengan penjualan vaksin Covid-19 secara dalam talian.

Menterinya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, pihaknya kini giat memantau bagi mengesan pihak yang cuba mengiklankan penjualan vaksin itu.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini kementerian itu belum menerima sebarang aduan berhubung aktiviti berkenaan.

"Pengguna akan berdepan pelbagai risiko dengan pembelian vaksin secara dalam talian. Kita memang memantau bahan atau produk yang dijual secara 'online'. Kita harap pengguna memaklumkan jika berlaku perkara itu," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Kempen Norma Baharu Covid-19 Sektor Peruncitan di Pasar-Pasar Utama peringkat Pasar Besar Kedai Payang di sini, pada Jumaat.

Turut hadir, Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid; Exco Keusahawanan, Industri Mikro dan Hal Ehwal Pengguna Terengganu, Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman dan Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad.

Alexander (tiga dari kiri) melihat produk yang dijual di Pasar Besar Kedai Payang.
Alexander (tiga dari kiri) melihat produk yang dijual di Pasar Besar Kedai Payang.

Sebelum ini, media melaporkan Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman menerima dua laporan berkaitan penjualan vaksin Covid-19 yang membabitkan kerugian sebanyak RM 285,499.95.

Artikel Berkaitan:

Pengarah JSJK Bukit Aman, Datuk Zainuddin Yaacob berkata, pihaknya mengesan terdapat penularan informasi di media sosial berkenaan penjualan vaksin covid-19 secara dalam talian.

ARTIKEL BERKAITAN: Polis terima laporan penipuan penjualan vaksin Covid-19

Iklan jualan vaksin Covid-19 dalam talian palsu