Pemandu maut, kereta rempuh belakang treler

Kereta terperosok di belakang treler menyebabkan pemandunya tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Gambar kecil: Chiam Kaan Yuan
Kereta terperosok di belakang treler menyebabkan pemandunya tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Gambar kecil: Chiam Kaan Yuan
A
A
A

BUKIT MERTAJAM - Seorang lelaki maut selepas kereta yang dipandunya merempuh belakang sebuah treler di Jalan Perindustrian Bukit Minyak di sini petang Jumaat.

Dalam kejadian jam 1.31 petang itu, mangsa Chiam Kaan Yuan, 44, yang memandu kereta Suzuki Swift disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tersepit di bahagian pemandu.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, sepasukan anggota dari Balai Bomba Sungai Bakap bergegas ke tempat kejadian sebaik menerima laporan daripada orang awam.

Anggota bomba mengambil masa kurang 30 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit.
Anggota bomba mengambil masa kurang 30 minit mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Menurutnya, sebaik tiba di lokasi didapati kereta mangsa terperosok di bahagian belakang treler.

"Anggota bomba mengambil masa kurang 30 minit untuk mengeluarkan lelaki berkenaan dengan menggunakan peralatan khas.

"Bagaimanapun pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati mangsa telah meninggal dunia," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Jurucakap berkenaan memaklumkan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Artikel Berkaitan: