X

Kindly register in order to view this article
!

PKPD di Kuarters Sri Jelutung, Pekan mulai esok

Ismail Sabri
A
A

KUALA LUMPUR - [DIKEMAS KINI] Kerajaan pada Jumaat memutuskan untuk melaksanakan Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Kuarters Sri Jelutung, Mukim Bebar, Pekan mulai esok (6 Mac) sehingga 19 Mac ini bagi membendung penularan Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, PKPD tersebut bagi memudahkan Kementerian Kesihatan (KKM) melaksanakan saringan secara bersasar ke atas penghuni kuarters terbabit serta mengesan beberapa lagi kontak rapat.

"Sehingga 3 Mac 2021, sebanyak 30 kes positif telah direkodkan dan seramai 150 kontak rapat telah dikenal pasti yang melibatkan penghuni kuarters ini," katanya dalam kenyataan berkenaan situasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sini pada Jumaat.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, kerajaan juga memutuskan untuk menamatkan PKPD di taman-taman perumahan sekitar Jalan Telok Ira, Temerloh, Pahang seperti yang dijadualkan esok.

Memperincikan mengenai tangkapan ingkar PKP pada Khamis, Ismail Sabri berkata, 246 individu lagi ditahan atas kesalahan ingkar peraturan PKP, daripada jumlah itu, 234 dikompaun manakala 12 lagi individu direman.

Melalui Ops Benteng pula, seramai sembilan imigran dicekup dan dua kenderaan darat dirampas. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!