X

Kindly register in order to view this article
!

Tentera Yemen bedil sempadan Arab Saudi

Dron Qasef-2K dilancarkan di rantau Asif dalam serangan terbaharu tentera Yemen ke atas Arab Saudi. - Agensi
A
A

SANAA - Pasukan tentera Yemen yang disokong pejuang sekutu daripada Jawatankuasa Popular (PC) melancarkan serangan baharu ke atas wilayah Arab Saudi pada Jumaat.

Jurucakap Angkatan Tentera Yemen, Yahya Saree berkata, serangan membabitkan dron buatan domestik itu menyasarkan Lapangan Terbang Antarabangsa Abha dan Pangkalan Udara Raja Khalid di rantau Asir.

Katanya, serangan dron itu dilancarkan beberapa jam selepas tentera Yemen membedil bandar pelabuhan Jizan.

Bagaimanapun, tentera pakatan diketuai Riyadh mendakwa telah memintas dan memusnahkan peluru berpandu tersebut. - Agensi


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!