Tiada pencemaran sungai dikesan di Kuala Kerpan

Keadaan sungai didapati bersih ketika siasatan JAS Kedah pada Rabu minggu lalu di Kuala Kerpan, Kubang Pasu, Alor Setar.
Keadaan sungai didapati bersih ketika siasatan JAS Kedah pada Rabu minggu lalu di Kuala Kerpan, Kubang Pasu, Alor Setar.
A
A
A

ALOR SETAR - Tiada pencemaran sungai berlaku di Kuala Kerpan, Kubang Pasu, di sini yang didakwa berpunca daripada sisa buangan kolam ternakan ikan.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Kedah, Norazizi Adinan berkata, pegawai JAS telah melakukan siasatan pada 24 Februari lepas namun tiada pencemaran dikesan.

Beliau berkata, siasatan mendapati masalah pencemaran sungai yang didakwa berpunca daripada sisa buangan kolam ternakan ikan tidak berasas dan tiada pencemaran ditemui sepanjang sungai terbabit.

Beberapa pegawai JAS Kedah melakukan siasatan pada Rabu minggu lalu di Kuala Kerpan, Kubang Pasu, Alor Setar bersama Lembaga Sumber Air Kedah.
Beberapa pegawai JAS Kedah melakukan siasatan pada Rabu minggu lalu di Kuala Kerpan, Kubang Pasu, Alor Setar bersama Lembaga Sumber Air Kedah.

"Bagaimanapun, pihak kami akan terus memantau kualiti air sungai dari masa ke masa.

"JAS akan terus melaksanakan pemantauan bagi memastikan langkah yang berkesan diambil untuk mengatasi masalah tersebut," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Pada 23 Februari lepas, Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) dilaporkan menggesa JAS dan Jabatan Perikanan Kedah mengambil tindakan segera mengatasi masalah pencemaran sungai yang didakwa berpunca daripada sisa buangan kolam ternakan ikan di Kuala Kerpan, di sini.

Presiden CAP, Mohideen Abdul Kader berkata, masalah berkenaan memberi ancaman kepada kehidupan 200 nelayan di kawasan itu.

Artikel Berkaitan: