Enam bidang pengajian UMP tersenarai dalam penarafan QS World 21

UMP melakar kejayaan membanggakan apabila enam bidang pengajian ditawarkan universiti itu tersenarai dalam Penarafan QS World 21 pada Khamis. (Gambar kecil: Dr. Wan Azhar Wan Yusoff)
UMP melakar kejayaan membanggakan apabila enam bidang pengajian ditawarkan universiti itu tersenarai dalam Penarafan QS World 21 pada Khamis. (Gambar kecil: Dr. Wan Azhar Wan Yusoff)
A
A
A

KUANTAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) melakar kejayaan membanggakan apabila enam bidang pengajian yang ditawarkan universiti itu tersenarai dalam Penarafan 'QS World University Rankings' oleh Subject 2021 (QS World 21) pada Khamis.

Naib Canselor UMP, Profesor Ir. Dr. Wan Azhar Wan Yusoff berkata, bidang kejuruteraan dan teknologi memperkukuhkan kedudukan apabila melonjak ke tangga 358 terbaik dunia berbanding 386 pada penarafan tahun lalu.

Menurutnya, penarafan terbaharu itu meletakkan bidang kejuruteraan dan teknologi UMP di tangga ketujuh terbaik di negara ini.

"Edisi penarafan kali ini juga turut menyaksikan subjek kejuruteraan kimia berada di kedudukan 250 terbaik dunia dan ketujuh di Malaysia manakala bidang kejuruteraan elektrikal serta elektronik di tangga 400 terbaik dunia dan ke sembilan di Malaysia.

"Turut tersenarai subjek kejuruteraan mekanikal, aeronautik dan pembuatan pada kedudukan 400 terbaik dunia dan ketujuh negara," katanya.

Dr. Wan Azhar berkata, dua subjek lain yang turut tersenarai adalah sains tulen (kimia) pada kedudukan 550 terbaik dunia ( keenam di Malaysia) dan subjek sains tulen (sains bahan) di kedudukan 400 terbaik dunia (keenam terbaik di Malaysia).

Beliau berkata, bidang kejuruteraan dan teknologi menjadi kekuatan UMP.

"Pencapaian itu menyerlahkan kecemerlangan dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) di UMP yang sentiasa fokus terhadap pelbagai aspek teknikal serta teknologi dalam melahirkan modal insan yang holistik serta mempunyai kemahiran teknikal beraras tinggi.

Artikel Berkaitan:

“Ia juga seiring dengan Pelan Strategik UMP 2021-2025 dalam menerajui Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) aras tinggi dan juga merealisasikan hasrat universiti ke arah universiti teknologi terunggul menjelang 2050,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) UMP, Profesor Ts. Dr. Mohd Rosli Hainin berkata, penilaian pada tahun ini turut menunjukkan penambahbaikan dalam semua empat indikator termasuk reputasi akademik, reputasi majikan, sitasi setiap penerbitan dan H- Indeks.

“Melalui penanda aras ini membolehkan UMP sebagai salah satu universiti teknikal dalam Rangkaian Universiti Teknikal Malaysia (MTUN) mengkaji pencapaian universiti dan penambahbaikan daripada pelbagai perspektif.

“Pihak universiti akan terus komited menyediakan pendidikan, penyelidikan dan perkhidmatan bagi teknologi aras tinggi yang dipacu bersama komuniti melalui ekosistem keusahawanan sosial ” katanya