STL Champions Cup hampiri kemuncak

Aksi pemain pemain Kelantan Warriors, Muhammad Iqbal Shamsuddin (kanan), bagi mengekang libasan pemain Negeri Sembilan Antlers, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan pada Khamis. foto: fb Sepak Takraw League
Aksi pemain pemain Kelantan Warriors, Muhammad Iqbal Shamsuddin (kanan), bagi mengekang libasan pemain Negeri Sembilan Antlers, Muhammad Hafizul Hayazi Adnan pada Khamis. foto: fb Sepak Takraw League
A
A
A

Aksi Liga Sepak Takraw (STL) Champions Cup 2020 kian hampir ke penghujungnya apabila empat regu bakal berentap di separuh akhir bagi mengesahkan slot ke pentas final.

Malam ini gelanggang Iskandar Malaysia Studios, Johor Darul Ta’zim bakal digegarkan dengan aksi-aksi hebat daripada juara bertahan STL Champions Cup 2019, Johor Tigris yang bakal berdepan Penang Black Panthers manakala juara STL Liga Premier 2020 KL Thunder dicabar ATM Guardians.

Manakala bagi klasifikasi kedudukan tempat kelima hingga kelapan, menyaksikan pertemuan juara STL Divisyen Satu 2020, Bomba Fighters dengan Kelantan Warriors dan Negeri Sembilan Antlers berdepan Putrajaya Cyborg.

Dalam pada itu Negeri Sembilan Antlers menewaskan Kelantan Warriors 23-21, 21-18 bagi aksi kedua Champions Cup pada Khamis.

Artikel Berkaitan: