Dinding bangunan 'port' penagih dadah runtuh

Bomba dan polis melakukan pemeriksaan sekiranya terdapat mangsa tertimbus di sebalik runtuhan sebuah bangunan di Bandaraya Johor Bahru pada Khamis.
Bomba dan polis melakukan pemeriksaan sekiranya terdapat mangsa tertimbus di sebalik runtuhan sebuah bangunan di Bandaraya Johor Bahru pada Khamis.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Sebahagian struktur sebuah bangunan usang yang menjadi port penagih dadah di tengah bandar raya ini runtuh pada Khamis.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Larkin, Penolong Penguasa Bomba Muhammad Taufiq Atan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 6 petang.

Katanya, seramai 13 anggota bomba membabitkan empat buah jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Setibanya di lokasi, didapati sebahagian dinding sebuah bangunan usang yang telah ditinggalkan lebih 10 tahun runtuh.

"Siasatan mendapati kejadian itu melibatkan mangsa" katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Muhammad Taufiq berkata, bagi memastikan tiada yang cedera atau terperangkap bawah runtuhan itu, Unit K9 daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM) Johor dipanggil untuk membantu siasatan.

"Punca kejadian masih dalam siasatan. Kita percaya ia terjadi kerana struktur bangunan yang usang," katanya.

Operasi ditamatkan kira-kira jam 8 malam.

Artikel Berkaitan: