Tiga daerah di Terengganu alami gangguan bekalan air

Gambar hiasan.
Gambar hiasan.
A
A
A

KUALA TERENGGANU - [DIKEMASKINI] Sebanyak 70 kawasan di Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang mengalami gangguan bekalan air membabitkan 40,200 akaun pengguna.

Syarikat Air Terengganu (SATU) dalam kenyataan pada Jumaat berkata, gangguan bekalan air dan tekanan air rendah itu berlaku berikutan masalah teknikal di Loji Kepong 1, Serada di sini.

Katanya, gangguan bekalan air bermula jam 8 malam pada Khamis dan dijangka berakhir jam 5 pagi pada Sabtu.

"Sebahagian kawasan di daerah Kuala Terengganu, Kuala Nerus dan Marang akan mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah ekoran masalah Loji Kepong 1, Serada.

"Bekalan air dengan tekanan rendah dijangka pulih sepenuhnya pada 6 Mac 2021 (Sabtu) jam 5 pagi," katanya menerusi kenyataan pada Jumaat.

Menurut kenyataan itu, 46 kawasan terlibat gangguan bekalan air di daerah Kuala Terengganu dan Kuala Nerus melibatkan pusat bandar Kuala Terengganu, perkampungan Bukit Kecil, Hiliran, Pengadang Baru, Wakaf Mempelam, Pasir Panjang, Panji Alam, Bukit Besar, Gong Kapas, Pulau Kambing, Seberang Takir, Bukit Tunggal.

"Selain itu, Kampung Duyung, Bukit Tok Beng, Simpang Tokku, Seberang Baroh, Ladang, Kg. Nibong, Jalan Pusara, Gong Pak Maseh, Jalan Kamaruddin, Pulau Duyung, Kampung Cina, Pulau Ketam, Tanjung, Serdang, Cerong Lanjut, Bukit Datu, Batas Baru, Gong Kijang, Jalan Air Jernih, Gong Sentul, Jalan Terkukur, Bukit Tumboh, Batu Buruk, Banggol Pauh, Cabang Tiga, Kampung Batin, Jalan Sultan Omar, Ulu Takir, Telaga Daing, Taman Semarak, Batu Enam, Tok Jiring, Wakaf Mempelam, Kg. Pak Pa dan K.P Perdana.

"Manakala 24 kawasan terlibat gangguan air di daerah Marang ialah Pekan Bukit Payong, Wakaf Dua, Banggol Pak Ali, Tasek, Padang Lebam, Pusu Tiga, Telaga Mengkudu, Bukit Cherana, Kg. Tok Hakim, Macang Lada, Surau Haji Mat Zin, Rawai, Wakaf Pak Ya, Kubang Palas, Paya Resak, Hutan Banau, Binjai Rendah, Gondang, Sungai Serai, Lubuk Batu, Lubuk Pandan, Bukit Sawa dan Durian Guling," katanya.

Sehubungan itu, katanya, pihaknya telah melakukan penghantaran air melalui lori tangki ke kawasan kritikal.

Pengguna terjejas boleh menghubungi talian Careline SATU (1-300-882-111) jam 8 pagi hingga 8 malam atau Talian Aduan (09-621 4111) pada jam 8 pagi hingga 8 malam serta Talian Aduan (09-620 1111) yang beroperasi 24 jam.

Artikel Berkaitan: