X

Kindly register in order to view this article
!

Tiga rakyat Malaysia antara 18 kes import baharu di Singapura

x-default
A
A

SINGAPURA - Tiga rakyat Malaysia adalah antara 18 kes import baharu Covid-19 yang dilaporkan di Singapura pada Khamis, demikian menurut Kementerian Kesihatan republik itu.

Kementerian itu menerusi data penuh yang dikeluarkan lewat malam Khamis memaklumkan kesemua mereka tiba dari negara asal dan asimptomatik.

Kes import lain ialah dari Bangladesh, Ghana, India, Indonesia, Filipina dan Amerika Syarikat.

Setakat tengah hari Khamis, Singapura mencatat 19 kes baharu, satu daripadanya merupakan kes dalam komuniti menjadikan jumlah jangkitan di sini kepada 59,998 kes.

Sehingga kini, kementerian mengklasifikasikan 3,160 daripada kes yang dilaporkan adalah import, 2,327 kes dalam komuniti dan 54,511 melibatkan penghuni asrama.

Pada masa ini, terdapat dua kluster Covid-19 di Singapura. - Bernama


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!