Sri Pahang sasar satu piala musim ini

Sri Pahang
Sri Pahang
A
A
A

SKUAD Tok Gajah yang tampil dengan nama baharu Sri Pahang FC menyasarkan sekurang-kurangnya merangkul satu piala dalam kempen Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengerusi Sri Pahang FC, Raja Datuk Shaharuddin Shah Raja Jalil Shah berkata, sasaran yang ditetapkan adalah realistik dalam mengejar gelaran Liga Super atau Piala Malaysia.

"Sasaran dibuat berdasarkan prestasi pada perlawanan persahabatan sebelum ini selain keyakinan kepada jurulatih baharu yang berkebolehan meningkatkan prestasi pemain dan mengatur strategi apabila perlawanan bermula.

"Untuk tahun ini, selain jurulatih, kita juga banyak membariskan pemain baharu termasuk pemain import bagi memperkuat pasukan khususnya di bahagian serangan," katanya.

Raja Shaharuddin Shah berkata kepada pemberita selepas sesi pelancaran jersi baharu Sri Pahang FC serta pengenalan pemain yang diadakan secara dalam talian di sini hari ini.

Pada musim ini, Sri Pahang FC diterajui Dollah Salleh selaku pengurus pasukan dengan dibantu penolong pengurus Datuk Che Nasir Salleh.

Skuad Tok Gajah dibimbing ketua jurulatih dari Jerman Thomas Doley serta dibantu Christophe Gamel dan Ahmad Yusof.

Sri Pahang FC akan bertandang ke Stadium MBPJ di Petaling Jaya menentang Selangor FC Sabtu ini.

Artikel Berkaitan:

Pemain Sri Pahang FC:

Penjaga gol:

Mohd Helmi Eliza Elias, Muhammad Daniel Wafiuddin Sa'dun dan Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin.

Pertahanan:

Mohd Faisal Mohd Rosli, Muhammad Fazly Mazlan, Muhammad Sharul Nizam Mohd Nadzir, Muhammad Jadid Ilias, Mohamad Muslim Ahmad, Hasnul Zaim Zafri.

Tengah:

Mohamad Norazam Abdul Azih, Mohammad Baqiudin Shamsudin, Mohamad Hafiz Ramdan, Mohd Hazri Rozali, Mohamad Ezanie Mat Salleh, Muhammad Ashar Juhairi, Muhammad Zuhair Aizat Mohd Nazri, Mohamad Arisazri Juhairi, Mohd Shahrul Aizad Zukufli.

Penyerang:

Muhammad Nur Izzat Che Awang, Mohd Faizal Abdul Rani, Abdul Malik Mat Arif

Pemain import:

Herold Mark Goulon (Perancis), Lee Andrew Tuck (Great Britain), Wague Mamadou Chickna (Lebanon), Yevhen Bokhasvili (Ukraine) dan Gois Pedro Henrique Cortes Oliveira (Timur Leste). - Bernama