X

Kindly register in order to view this article
!

Dua maut babit nahas dua kenderaan

Keadaan kenderaan yang remuk dalam kemalangan membabitkan dua maut dalam kemalangan di Jalan Jelebu, Batu 4 1/2 dekat sini pada Khamis.
A
A

SEREMBAN – Dua maut dalam kemalangan membabitkan dua buah kenderaan di Jalan Jelebu, Batu 4 1/2 dekat sini pada Khamis.

Ketua Komander dari Balai Bomba dan Penyelamat Seremban, Timbalan Penguasa Bomba Mohammad Idris berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.48 malam.

Katanya, sampai di lokasi, pihaknya mendapati lima mangsa terlibat dalam kemalangan yang membabitkan dua kenderaan.

"Seorang lelaki dan wanita dewasa didapati telah meninggal dunia di tempat kejadian, manakala tiga kanak-kanak lagi cedera.

"Kemalangan tersebut membabitkan dua kenderaan, iaitu pacuan empat roda dan Proton Saga yang dinaiki oleh mangsa," katanya.

Kesemua mangsa dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban dan kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Bagaimanapun, hubungan antara semua mangsa belum dapat dikenal pasti berikutan semua mangsa sedang menerima rawatan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!