X

Kindly register in order to view this article
!

Kawan baik, kawan sepanjang masa: Takiyuddin

Ciapan di Twitter Takiyuddin.
A
A

SHAH ALAM - Ketika UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengesahkan status ‘persahabatan’ dua parti itu berakhir untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), Pas kekal dengan sikap menjadi orang tengah.

Keadaan tersebut digambarkan menerusi ciapan yang dibuat oleh Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan di Twitter miliknya.

“Kawan baik kawan sepanjang masa; susah atau senang, kalah atau menang.

“Kawan terbaik kawan yang boleh berkawan baik dengan kawan kita... Pas parti berkawan dan berkawan-kawan,” katanya pada Khamis.

Status berkenaan disusuli dengan tanda pagar #stayunitedstaystrong dan turut disertakan dengan lambang ketiga-tiga parti itu.

Tindakan UMNO memutuskan hubungan dengan Bersatu bukan lagi rahsia apabila kedua-dua parti berkenaan mengesahkan perkara itu dalam kenyataan pada Khamis.

Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin mengesahkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menghantar surat berhubung pendirian parti itu kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat yang dikeluarkan setelah mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO di Janda Baik, Pahang itu menyatakan bahawa UMNO tidak akan bekerjasama dengan Bersatu pada PRU15 dan parti itu hanya akan bekerjasama dengan PN sehingga Parlimen dibubarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Sah UMNO putuskan hubungan dengan Bersatu

'Pendirian UMNO dibuat selepas permintaan Muhyiddin'

Annuar gesa Zahid perjelas hubungan BN, Bersatu

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan dalam kenyataan berasingan berkata, sejak awal UMNO sentiasa berpegang kepada pendirian bahawa untuk memastikan perpaduan yang dibina di atas sebuah pakatan atau kerjasama politik yang bertahan lama dan efektif mestilah berteraskan kejujuran dan keikhlasan demi menjaga kemaslahatan rakyat.

Katanya, keputusan tersebut dicapai setelah mengambil kira pandangan akar umbi dan mempertimbangkan secara cermat, buruk baiknya keberadaan dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Susulan perkara itu Biro Politik Bersatu mengambil ketetapan bahawa pendirian Bersatu akan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi Bersatu petang tadi dan sehingga kini belum ada sebarang kenyataan rasmi dikeluarkan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ku Li desak henti main wayang, putuskan hubungan dengan PN segera


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!