X

Kindly register in order to view this article
!

6,000 anggota Nadma, APM terima vaksin fasa pertama

Mastura (kanan) menyerahkan bantuan kepada wakil kerajaan negeri Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan Setiausaha Kerajaan Johor, Fairuzahri Jalaludin di PKRC, Stadium Tertutup MBPG, Pasir Gudang pada Khamis.
A
A

JOHOR BAHRU - Lebih 6,000 anggota dan pegawai Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) di seluruh negara menerima suntikan vaksin bagi fasa pertama bermula 1 Mac lalu.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-tugas Khas), Datuk Mastura Mohd Yazid berkata, mereka akan menerima secara berperingkat-peringkat dalam fasa satu dari awal Mac sehingga Mei ini.

"Bagi APM yang menerima vaksin itu hanya melibatkan anggota yang aktif sebagai petugas barisan hadapan dalam menangani Covid-19.

"Dari segi anggota APM memang ramai tetapi kita berikan keutamaan kepada mereka yang bertugas di barisan hadapan," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) di Stadium Tertutup Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) di sini pada Khamis.

Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Johor Bahru, Abdul Rahman Salleh yang juga Pegawai Daerah Johor Bahru.

PKRC di Stadium Tertutup MBPG itu adalah yang pertama di Johor beroperasi pada 10 Februari lalu mampu menempatkan 1,200 pesakit dari seluruh negeri melibatkan semua peringkat usia bermula lima tahun ke atas.

Mastura berkata, seramai 392 anggota dan pegawai APM di negeri ini menerima suntikan vaksin yang dilakukan berperingkat-peringkat.

Sementara itu, sebanyak 32 masih PKRC beroperasi di seluruh negara dan akan ditambah bergantung kepada perkembangan semasa kes Covid-19.

Katanya, terdapat PKRC yang sudah ditutup dan menerusi program vaksinasi yang sedang dijalankan dijangka lebih banyak akan ditutup.

Sekiranya program itu berjaya dan kes terus terkawal kata beliau, tidak perlu lagi membuka PKRC pada masa depan.


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!