X

Kindly register in order to view this article
!

Seperti digigit semut saja: Maximus

Maximus ketika menerima suntikan vaksin Covid-19 di Klinik Kesihatan Presinct 18, Kuala Lumpur pada Khamis.
A
A

KOTA KINABALU - 'Seperti digigit semut saja'. Itu respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Seri Dr Maximus Ongkili selepas menerima suntikan vaksin Covid-19 pada Khamis.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kota Marudu memilih kad yang bertulis 'Vaccine' dan '#LindungDiriLindungSemua' sebelum mengambil gambar kenangan bersama jururawat terlatih, Wan Rosmaliza Wan Daud yang ditugaskan untuk melaksanakan suntikan vaksin tersebut.

Mereka juga mengangkat jari dalam bentuk V melambangkan bahawa mereka sudah divaksin.

Ditanya bagaimana keadaannya sebaik selesai proses pemerhatian selama setengah jam selepas diberi vaksin, beliau memaklumkan keadaannya baik.

"Setakat ini, sangat baik," katanya ringkas.

Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) itu turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan barisan hadapan atas layanan dan sumbangan mereka dalam menjayakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang dijalankan di Klinik Kesihatan Presinct 18, Kuala Lumpur.

Beliau turut menasihati orang ramai agar tidak gusar atau takut dengan program vaksin yang sedang berjalan kerana ia adalah inisiatif kerajaan untuk menghentikan penularan virus Covid-19 di negara ini.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!