X

Kindly register in order to view this article
!

Imigresen serbu penempatan PATI, 16 individu ditahan

Imigresen Melaka menahan 16 PATI di penempatan warga asing di Semabok pada malam Rabu.
A
A

MELAKA - Aduan kebanjiran warga asing di Semabok akhirnya membongkar kewujudan penempatan pendatang asing tanpa izin (PATI) selepas 16 individu ditahan Jabatan Imigresen Malaysia Melaka dalam serbuan di sini pada malam Rabu.

Timbalan Pengarah Imigresen negeri, K Vishnutharan berkata, serbuan yang dijalankan di Jalan Pulau Senang dan Jalan Bunga Raya, Semabok mendapati mereka telah beberapa tahun tinggal di kawasan itu dengan kadar sewa yang dikenakan antara RM250 hingga RM300 sebulan.

Menurutnya, sepanjang operasi itu seramai 145 warga asing termasuk 32 wanita dan 28 kanak-kanak diperiksa bagi proses dokumentasi dan daripada jumlah itu 16 mereka adalah PATI termasuk enam wanita berusia antara 25 hingga 45 tahun.

"Berdasarkan aduan dan maklumat orang awam yang memaklumkan kawasan itu dibanjiri warga asing, kita telah bertindak melakukan serbuan.

"Ketika serbuan ada juga PATI yang cuba melarikan diri namun berjaya ditahan," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Mengulas lanjut, Vishnutharan berkata, pemeriksaan lanjut mendapati majoriti mereka merupakan warga asing berstatus pemegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) dan telah dibebaskan.

Menurutnya, mereka yang ditahan didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen seperti tiada sebarang dokumen pengenalan diri, tinggal lebih masa di negara ini, memiliki suatu dokumen atau pas yang disyaki palsu dan lain-lain kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155).

"Kita telah membawa mereka ke Pusat Kesihatan Daerah (PKD) bagi menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dihantar ke Depot Tahanan Imigresen untuk siasatan lanjut," katanya.


Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!