Solat hajat mohon hujan padam kebakaran

Wan Roslan Wan Hamat (dua dari kanan) memakaikan kasut sekolah sumbangan oleh Tenaga Nasional Berhad kepada seorang penerima, Alif Firdaus Badlishah, 8, dari Sekolah Kebangsaan Morak, Tumpat.
Wan Roslan Wan Hamat (dua dari kanan) memakaikan kasut sekolah sumbangan oleh Tenaga Nasional Berhad kepada seorang penerima, Alif Firdaus Badlishah, 8, dari Sekolah Kebangsaan Morak, Tumpat.
A
A
A

TUMPAT - Majlis Daerah Tumpat mengadakan solat sunat hajat pada pagi Khamis bagi memohon hujan untuk memadam kebakaran di tapak pelupusan sampah Kampung Kok Bedullah, Pengkalan Kubor di sini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kubor, Wan Roslan Wan Hamat berkata, sejak kebakaran berlaku bermula 19 Februari lalu, operasi memadam dilakukan masuk minggu ketiga.

“Berkemungkinan kemarau yang menyebabkan kebakaran dan kita adakan solat sunat hajat hari ini (Khamis) untuk memohon hujan bagi memadamkan api.

“Alhamdulillah, sebelum itu pada jam 2 pagi tadi, sudahpun hujan sekali gus mengurangkan asap dan jerebu,” katanya kepada pemberita di Pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) di Wisma I'BaadurRahman, Pasir Pekan di sini pada Khamis.

Beliau berkata, setakat Khamis, sebanyak 20 keluarga membabitkan 100 penduduk yang terjejas dipindahkan ke tempat tinggal sementara di Resort Pantai Sri Tujuh bagi mengelakkan keadaan bahaya asap tebal.

"Pada peringkat awal, 11 keluarga terdiri daripada 47 penduduk terjejas berikutan rumah berhampiran tapak pelupusan sampah berjarak 500 meter.

“Mereka akan tinggal di sana sehingga persekitaran udara di keadaan rumah dipastikan selamat untuk kembali diduduki,” katanya.

Dalam majlis berkenaan, seramai 135 murid dari daerah Tumpat menerima bantuan persekolahan lengkap dengan uniform, kasut dan beg menerusi peruntukkan TNB bernilai RM 20,000 untuk daerah itu.

Artikel Berkaitan: