AME 2019: Aafiyah tak penuhi kriteria

No Image Caption
A
A
A

UMUM sudah mengetahui bahawa cahaya mata penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin, Siti Aafiyah Khalid tiada dalam senarai Si Cilik MeleTop Anugerah MeleTop Era 2019 (AME) 2019.

Lantas, perkara itu mengundang rasa tidak puas fanatik penyanyi popular Biarlah Rahsia.

Mengulas tanda tanya berhubung perkara tersebut, Penolong Naib Presiden Segmen Kanak-Kanak & Remaja Astro, Marissa Hanafi tampil menjelaskan, calon-calon perlu memenuhi beberapa kriteria bagi melayakkan pencalonan.

No Image Caption

"Calon yang disenaraikan dalam kategori itu perlu mempunyai platform dan 'jenama' tersendiri. Kita tidak menilai populariti mereka mengikut populariti ibu bapa, ia tidak adillah bagi yang lain.

"Oleh sebab itu calon perlu mempunyai akaun Instagram rasmi dengan jumlah pengikut yang ramai," jelas Marissa pada sidang media pengumuman khas Top 20 senarai pencalonan bagi 16 buah kategori AME 2019.

Untuk rekod, pada AME 2018, Arif Jiwa Asyraf, memenangi kategori tersebut.

AME 2019 bakal berlangsung di Axiata Arena pada 21 April ini.

Artikel Berkaitan: