'Pendirian UMNO dibuat selepas permintaan Muhyiddin'

Kenyataan akhbar oleh Ahmad Maslan pada Khamis.
Kenyataan akhbar oleh Ahmad Maslan pada Khamis.
A
A
A

SHAH ALAM - Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO di Janda Baik, Pahang pada 19 Februari lalu diadakan selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin meminta UMNO menyatakan pendirian kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, parti itu perlu membuat pendirian jelas mengenai kedudukan kerjasama dengan Bersatu sebelum sebarang perundingan pengagihan kerusi dapat diteruskan bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

Menurutnya, perkara tersebut diminta Muhyiddin sebagai Presiden Bersatu dalam satu perjumpaan khas antara UMNO, Bersatu dan Pas yang diwakili lima kepimpinan tertinggi bagi setiap parti pada 15 Februari lalu.

“Bagi maksud tersebut, MKT UMNO telah mengadakan mesyuarat pada Jumaat, 19 Februari 2021 untuk membincangkan lanjut hasrat Perdana Menteri.

“Keputusan mesyuarat MKT telah sebulat suara bersetuju untuk Presiden UMNO mengutuskan surat kepada Presiden Bersatu bagi menyatakan keputusan Mesyuarat MKT sebagaimana yang diminta.

“Pertama, tiada kerjasama dengan Bersatu dalam PRU15 dan kedua, UMNO berpendapat, kebersamaan dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) boleh diteruskan sehingga pembubaran Parlimen,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambah beliau, keputusan tersebut juga dibuat dengan mengambil kira pandangan akar umbi pertimbangan yang secukupnya terhadap keberadaan UMNO dalam kerajaan ketika rakyat berhadapan dengan pandemik Covid-19.

Artikel Berkaitan: