Penganggur tidak mengaku hina Islam di Facebook

Gambar hiasan
Gambar hiasan
A
A
A

KUALA LUMPUR – Seorang penganggur mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas dua pertuduhan menghina agama Islam di laman sosial Facebook dua tahun lalu.

N Ravi Chandran, 53, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim M Edwin Paramjothy.

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa secara sedar memuat naik dua video kenyataan yang jelik sifatnya menerusi Facebook miliknya menggunakan nama Ravin Narasingan pada 28 Jun 2019.

Hantaran berkenaan kemudiannya dibaca pelayar Facebook lain di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia, Jabatan Siasatan Jenayah dan Komersil, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini pada 15 Mei 2020, jam 5.05 petang.

Atas kesalahan berkenaan, pemuda itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] yang boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta sama, yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Julaila Jamaludin manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 12 April depan untuk sebutan semula kes.

Artikel Berkaitan: