Norhayati berubah jadi pendiam

Waris Norhayati sedang menunggu keputusan Covid-19 Allahyarham sebelum jenazahnya dibawa ke Sungai Besar, Sabak Bernam untuk dikebumikan.
Waris Norhayati sedang menunggu keputusan Covid-19 Allahyarham sebelum jenazahnya dibawa ke Sungai Besar, Sabak Bernam untuk dikebumikan.
A
A
A

KUALA LUMPUR - "Saya tak sangka sikapnya yang berubah menjadi pendiam petanda dia mahu pergi selamanya," kata rakan baik kepada mangsa maut, Norhayati Abdullah dalam insiden perancah besi pembinaan Lebuhraya Sungai Besi - Ulu Kelang (SUKE) menghempap sebuah van kilang di Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) di sini pada Rabu.

Rashidah Ibrahim, 54, berkata, rakan baik yang dikenali sejak 10 tahun lalu menunjukkan perubahan sikap dan agak berlainan daripada kebiasaan.

"Arwah seorang yang ceria, suka mengusik dan baik, namun sejak dua tiga hari lalu, dia berubah sikap menjadi pendiam dan termenung," katanya kepada media ketika ditemui di Hospital Canselor Tuanku Muhriz di sini pada Khamis.

Rashidah berkata, kali terakhir dia bertemu Allahyarham pada malam Selasa ketika di tempat kerja di sebuah kilang di USJ 1, Subang Jaya.

Sementara itu, kakak Norhayati, Maslina Wati, 43, berkata, arwah sering mengambil berat hal keluarga.

"Arwah sering bertanya khabar dan bergurau namun sejak akhir-akhir ini dia banyak mendiamkan diri," katanya.

Maslina Wati memaklumkan keluarganya masih menunggu keputusan Covid-19 dan sekiranya negatif, jenazah akan dibawa ke Sungai Besar, Sabak Bernam untuk dikebumikan.

Dalam kejadian jam 6 petang pada Rabu, pemandu van kilang, Muhd. Fairus Mohd. Yusof, 47, mengalami patah tulang bahu sebelah kiri, bengkak pada paru-paru dan berlaku pendarahan dalaman.

Artikel Berkaitan:

Dua lagi penumpang van, Zaitun Zainal, 54, cedera pada kaki sebelah kiri manakala Zakiyyah Yakop, 51, cedera betis kiri.

Mangsa yang meninggal dunia ialah Norhayati dan Nurina Edwin Abdullah masing-masing berusia 42 dan 47 tahun.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya berkata, insiden berlaku apabila treler dipandu seorang lelaki melalui Lebuhraya MRR2 dan apabila sampai di lokasi kejadian, bahagian atas trelernya berlanggar kerangka besi pada pembinaan di jejantas pejalan kaki.

“Kejadian itu menyebabkan rusuk keluli bersama perancah besi terjatuh di kedua-dua laluan Lebuhraya MRR2 dan menghempap van pekerja kilang yang bergerak dari laluan Ampang menghala ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS).

“Van pekerja kilang itu terhempap di bawah rusuk keluli yang terjatuh,” katanya

ARTIKEL BERKAITAN: Pemandu treler langgar perancah besi positif dadah

Dua pekerja maut van kilang dihempap struktur jejambat runtuh

Jejambat runtuh: Tiga mangsa terperangkap dibawa keluar

Jejambat runtuh: Lima orang terperangkap