Sheffield United menang walau beraksi 10 pemain

Sheffield United terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Phil Jagielka diperintahkan keluar padang pada minit ke-57 kerana didakwa mengasari penyerang Aston Villa, Anwar El Ghazi. - Foto Getty Images
Sheffield United terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Phil Jagielka diperintahkan keluar padang pada minit ke-57 kerana didakwa mengasari penyerang Aston Villa, Anwar El Ghazi. - Foto Getty Images
A
A
A

BERAKSI dengan 10 pemain nyata bukan penghalang bagi kelab tercorot Liga Perdana Inggeris (EPL), Sheffield United mencatatkan kemenangan 1-0 ketika berdepan Aston Villa di Bramall Lane pada awal pagi Khamis.

Pengendali Sheffield United, Chris Wilder berkata, kemenangan itu nyata membanggakannya dan berharap ia berterusan selepas ini terutamanya pada aksi beredepan Southampton pada Sabtu.

“Saya telah katakan kepada pemain, saya akan meraikan kejayaan ini bagi pihak mereka kerana mahu mereka memberikan fokus kepada perlawanan dengan Southampton nanti dalam usaha kita untuk meraih mata.

“Untuk kejayaan menewaskan Aston Villa ini, saya akan meraikannya bagi pihak mereka kerana kita akan berdepan cabaran besar ketika menentang Southampton nanti,” katanya.

Chris Wilder
Chris Wilder

Pada perlawanan berkenaan, David McGoldrick muncul wira The Blades apabila jaringannya pada minit ke-30, nyata sudah cukup memadai buat kelab berkenaan meraih kemenangan keempat mereka dalam saingan EPL musim ini.

Bagaimanapun, Sheffield United kemudiannya terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila pemain pertahanan Phil Jagielka diperintahkan keluar padang pada minit ke-57 kerana didakwa mengasari penyerang Aston Villa, Anwar El Ghazi.

Sementara itu, pengendali Aston Villa, Dean Smith mengakui kecewa dengan kekalahan berkenaan biarpun skuad kendaliannya telah beraksi dengan baik di sepanjang perlawanan berkenaan.

Artikel Berkaitan:

“Kekalahan ini nyata mengecewakan kerana kami beraksi lebih baik berbanding Sheffield United dan seharusnya menang dengan selesa.

“Namun kami tidak memanfaatkan sepenuhnya peluang yang diperolehi pada perlawanan ini,” katanya.