X

Kindly register in order to view this article
!

80,366 individu terima suntikan pertama vaksin Covid-19

Infografik JKJAV
A
A

SHAH ALAM - Seramai 80,336 individu telah menerima suntikan pertama vaksin Covid-19 dalam fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sehingga Rabu.

Berdasarkan infografik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) yang dikongsi Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah di Twitter, Sarawak mencatatkan bilangan tertinggi dengan 13,692 penerima suntikan vaksin Covid-19.

Bagi tempoh sama, Kuala Lumpur kedua tertinggi dengan 8,505 individu diikuti negeri Perak (7,757) dan Kelantan (7,725).

“Selain itu, Pahang merekodkan jumlah suntikan sebanyak 7,415 diikuti Johor (6,454), Terengganu (4,566), Selangor (4,276) dan Kedah (4,388).

“Jumlah penerima suntikan bagi Negeri Sembilan ialah seramai 3,101 orang, selain Pulau Pinang (2,914), Melaka (2,752), Sabah (1,898), Labuan (1,789), Perlis (1,598) dan Putrajaya (1,507),” katanya menerusi ciapan di Twitter pada Khamis.

Pada 24 Februari lalu, kerajaan telah memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan apabila Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi individu pertama dalam Malaysia yang menerima suntikan tersebut diikuti, Dr Noor Hisham.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!