Rentas daerah: Pelancongan Kedah dijangka meningkat 60 peratus

Penduduk Kedah perlu mengambil peluang keluar bercuti di dalam negeri dalam usaha menghidupkan semula aktiviti pelancongan di negeri ini. (Gambar kecil: Nor Azlan Fitri Abd Razak)
Penduduk Kedah perlu mengambil peluang keluar bercuti di dalam negeri dalam usaha menghidupkan semula aktiviti pelancongan di negeri ini. (Gambar kecil: Nor Azlan Fitri Abd Razak)
A
A
A

ALOR SETAR - Industri pelancongan di Kedah dijangka meningkat sehingga 60 peratus berikutan kebenaran merentas daerah bermula Jumaat ini seperti diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Pengurus Kedah Tourism, Nor Azlan Fitri Abd Razak berkata, keputusan membuka semula sempadan daerah mampu menyemarakkan sektor pelancongan di dalam daerah di negeri ini, terutamanya Langkawi.

Menurutnya, penduduk Kedah perlu mengambil peluang keluar bercuti di dalam negeri dalam usaha menghidupkan semula aktiviti pelancongan di negeri ini.

"Rakyat perlu sama-sama menyokong penggiat pelancongan negeri ini kerana perniagaan mereka sangat terjejas sejak larangan merentas negeri dan daerah di laksanakan.

"Saya amat menyokong usaha kerajaan memutuskan rantaian wabak pandemik Covid-19 dan langkah membenarkan rakyat merentas daerah merupakan satu keputusan proaktif bagi memastikan aktiviti pelancongan terus hidup," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Selain itu katanya, pengusaha pelancongan juga dinasihatkan sentiasa patuh pada proses operasi standard yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengelakkan penularan wabak kembali berlaku," katanya.

Jelasnya, Kedah Tourism juga sedang giat mempromosikan sektor pelancongan melalui platform media sosial.

Pada Selasa lalu, Kerajaan bersetuju membenarkan pergerakan rentas daerah di seluruh negara kecuali Sabah mulai 5 Mac ini.

Artikel Berkaitan:

Bagaimanapun, kebenaran merentas negeri masih belum dibenarkan lagi.