Polis serbu tiga premis lombong bitcoin

Aibee(kanan) melihat mesin yang digunakan untuk kegiatan melombong bitcoin di Medan Perniagaan Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan.
Aibee(kanan) melihat mesin yang digunakan untuk kegiatan melombong bitcoin di Medan Perniagaan Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan.
A
A
A

SEREMBAN - Polis membongkar kegiatan mencuri elektrik untuk kegiatan melombong bitcoin di tiga premis rumah kedai di Medan Perniagaan Kepayang di sini.

Kegiatan berkenaan mengakibatkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) kerugian RM90,000 dalam tempoh sebulan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd Ghani berkata, kegiatan itu dikesan selepas risikan bersama Tenaga Nasional Berhad(TNB) dalam tempoh dua minggu.

"Mereka menggunakan modus operandi menyewa premis bangunan tingkat dua bagi mengelak dikesan pihak berkuasa sebelum membuat penyambungan elektrik secara haram.

"Bagaimanapun, kegiatan itu terbongkar selepas TNB mengesan penggunaan elektrik yang tinggi di semua premis terbabit," katanya kepada Sinar Harian selepas melakukan operasi petang Rabu.

Menurutnya, ketika serbuan tiada sesiapa di dalam premis dan TNB terpaksa memecahkan kunci kesemua pintu premis berkenaan.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan menemui 206 unit mesin di tiga premis rumah kedai terbabit dipercayai sudah beroperasi dalam tempoh dua tahun.

"Kita sedang mengesan pemilik premis bagi membantu siasatan sama ada mereka sendiri yang menjalankan kegiatan itu atau premis itu disewakan kepada pihak lain.

Artikel Berkaitan:

"Kes disiasat mengikut Seksyen 379 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan," katanya.

Aibee berkata, operasi bermula jam 3. 30 petang itu melibatkan seramai 10 anggota polis dan 16 kakitangan TNB.