X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat reput dalam longkang depan sekolah

Keadaan mayat yang ditemukan dalam keadaan sebahagiannya telah mereput di dalam longkang di hadapan sebuah sekolah di Teluk Intan pada Rabu.
A
A

TELUK INTAN - Mayat seorang lelaki ditemukan dalam keadaan sebahagiannya telah mereput di dalam longkang di hadapan sebuah sekolah di Jalan Padang Tembak di sini petang Rabu.

Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Kamarudin Mat Salleh berkata, mayat berkenaan di sedari orang awam sebelum memaklumkan kepada polis kira-kira 5.50 petang.

Menurutnya, mangsa ditemui masih dalam keadaan berpakaian dan terlentang dalam longkang berkenaan.

"Sebahagian tubuh mayat itu iaitu di bahagian kepala telah mereput. Pemeriksaan fizikal pada tubuh badan mendapati, tiada sebarang kecederaan fizikal," katanya.

Beliau berkata, identiti mayat masih belum dapat dikenal pasti kerana tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui bersama mangsa.

"Mayat dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk bedah siasat, setakat ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!