X

Kindly register in order to view this article
!

Mayat bangun semula sebelum autopsi

Gambar Hiasan
A
A

NEW DELHI - Seorang lelaki di India yang meninggal dunia akibat nahas motosikal dilaporkan kembali hidup ketika doktor sedang bersiap-sedia mahu melakukan autopsi ke atasnya, menurut pegawai kesihatan pada Rabu.

Lelaki berusia 27 tahun dari bandar Mahalingapur di negeri Karnataka yang dihantar ke hospital swasta dalam keadaan kritikal pada akhir minggu lalu dan diisytiharkan meninggal dunia oleh doktor.

Keluarga individu kemudiannya memindahkannya ke sebuah hospital kerajaan untuk menjalani pemeriksaan post-mortem pada Isnin.

Ahli keluarga lelaki itu mendakwa ahli patologi melihat 'mayat' itu bergerak ketika ia diletakkan di atas meja autopsi.

Pegawai kesihatan turut mengesahkan insiden itu dan lelaki yang cedera parah itu dipindahkan segera ke hospital lain.

Keadaannya dilaporkan bertambah baik.

"Doktor di hospital swasta itu telah membuat 'penilaian yang buruk' selepas mereka memindahkannya daripada ventilator dan terus mengisytiharkan kematiannya," ujarnya.

Difahamkan, keluarga lelaki terbabit belum melancarkan aduan rasmi tentang kesilapan itu. - AFP


Artikel ini ialah ©️ 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!